Berikut adalah senarai 10 kota raya pilihan utama pelancong dunia
yang dikeluarkan oleh portal MSN Travel.com.
1. ISTANBUL, TURKI
SEBUAH negara yang memiliki dua benua antara timur dan barat dipenuhi
bangunan seni bina tradisional ini berjaya menjadikannya sebagai bandar
raya yang wajib dikunjungi. Lokasi yang mesti dilawati dan tidak wajar
dilepaskan begitu sahaja ialah Grand Bazaar yang telah dibuka sejak
1460-an lagi.
2. ROME, ITALI
BANDAR Itali ini bukan sahaja penuh bersejarah malah mempunyai
tempat-tempat yang dianggap istimewa sehingga berjaya menarik tumpuan
pelancong dunia. Antaranya Vatican City, Trevi Fountain dan Gereja
Sistine. Disebabkan itu, Rome, Itali berjaya menduduki tempat kedua pada
tahun ini berbanding keempat pada tahun sebelumnya.
3. LONDON, ENGLAND
LONDON merupakan antara kota raya ikon kepada benua Eropah dan masih
amat popular untuk dilawati pelancong. Antara tempat-tempat bersejarah
yang menarik minat pelancong dunia untuk dikunjungi ialah Menara London,
Tower Bridge, Katedral St.Paul, Benteng Windsor, Sungai Thames, Menara
Big Ben, Shakespeares Globe Theatre, Hampton Court Palace dan
Istana Kensington. Ditambah, kegilaan peminat bola sepak di seluruh
dunia terhadap populariti kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) berjaya
mengekalkan London di tangga ke tiga selama dua tahun berturut-turut.
4. BEIJING, CHINA
KOTA Larangan atau lebih dikenali sebagai 'Forbidden City' yang
menjadi istana dan pusat pentadbiran zaman feudal China selain Kuil
Syurga (Temple of Heaven) serta memiliki lebih daripada 100 buah muzium
tumpuan dunia itu meletakkan ibu negara China yang mempunyai penduduk
kedua terbesar selepas Shanghai kira-kira 21 juta orang ini di tempat
keempat.
5. PRAGUE, REPUBLIK CZECH
PRAGUE dipilih sebagai Top10 kerana kekayaan negara tersebut terhadap
nilai budaya dan kehidupan tradisinya. Banyak tempat bersejarah di sini
menjadikannya dipilih sebagai tapak warisan dunia oleh Pertubuhan
Pendidikan Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu
(UNESCO). Buat pengetahuan semua, sepanjang tahun lalu sahaja, kota ini
telah berjaya menarik kehadiran lima juta pelancong antarabangsa.
6. MARAKECH, MAGHRIBI
KOTA Marakech ini menjadi pusat budaya di Afrika Utara. Malahan ia
satu-satunya kota raya dari benua Afrika yang menjadi pilihan di
kalangan pengembara dan pelancong selepas berlaku kegawatan politik di
Mesir. Sekiranya pengembara dan pelancong mahu merasai untuk menjejak
kaki ke benua Afrika Utara maka Maghribi yang menjadi satu-satunya
lokasi paling sesuai untuk dikunjungi.
7. PARIS, PERANCIS
KOTA raya ini memang menjadi impian setiap pelancong terutama
pasangan yang sedang berpacaran ataupun baru berkahwin. Walaupun
tercicir dari segi ranking, Paris terus menawarkan pelancong peluang
untuk berseronok. Antaranya peluang melihat pemandangan menakjubkan
selain memiliki banyak galeri yang menyimpan koleksi seni terbaik di
dunia meskipun kedudukan kota yang dilabel sebagai Kota Cinta dan Kota
Fesyen ini merosot teruk dari tempat pertama tahun lalu ke tangga
kelapan tahun ini.
8. HANOI, VIETNAM
HANOI terletak di utara Vietnam dan menjadi hab kepada pelbagai
budaya utama. Antara tujuan pelawat datang ke negara ini adalah untuk
menemui pelbagai artifak menarik yang mempunyai hubung kait dengan
sejarah panjang negara ini dan sebaran penduduk di Asia Tenggara.
9. SIEM REAP, KEMBOJA
SEJAK akhir-akhir ini Siem Reap semakin menjadi destinasi popular di
kalangan pelancong. Tarikan utamanya ialah kompleks kuil purba iaitu
Angkor Wat yang dipercayai dibina pada abad ke-12. Bukan itu sahaja,
seni bina purba seperti Angkor Wat juga dipercayai menjadi lokasi
menarik untuk orang ramai merakam gambar atau membuat sesi fotografi.
10. SHANGHAI, CHINA
SHANGHAI berjaya merebut tempat kesepuluh dalam senarai utama
pelancong di seluruh dunia. Tarikan Shanghai adalah sebuah kota raya
paling moden di China dan ditabalkan sebagai kota raya terbesar di dunia
selain memiliki penduduk paling ramai. Walaupun kemunculan
bangunan-bangunan pencakar langit, moden dan kontemporari namun bangunan
lama masih dikekalkan dan dibaik pulih sebagai sejarah.
Amat mengejutkan apabila metropolis kemegahan Amerika Syarikat (AS)
yang diumumkan sebagai destinasi kedua pilihan utama pelancong dunia
pada tahun lalu itu sekadar menduduki tempat ke-12 tahun ini. Malah,
pencalonan kota raya kedua pimpinan Presiden Barack Obama iaitu San
Francisco juga berkongsi nasib sama.
Sebaliknya, empat kota raya dari benua Asia kali ini berada dalam
senarai 10 pilihan kota raya tersebut didahului Beijing dan Shanghai,
China selain Siem Reap, Kemboja dan Hanoi, Vietnam. Tahniah diucapkan!
p/s: Mekah & Madinah jugak tempat paling TOP dan TERBAIK DI DUNIA. :)
p/s/s: Siapa mahu penuhi impian melancong seluruh dunia? Jom mula sekarang dengan menjana pendapatan 4-5 angka sebulan melalui Shaklee. Dengan modal hanya rm75 atau rm0, anda sudah boleh mulakan bisnes dengan hanya menggunakan Facebook & Blog. Anda juga akan dapat guide dari SIFU & MENTOR HEBAT. Feel free to contact me at 013-456 3739 (sms/whatsapp).