Monday, May 12, 2014

SEMINAR COPY WRITING

Assalamualaikum Semua...

Ini cerita semalam..belajar copy writing dari Sifu Md Latiff dari pukul 10 pagi hingga 5 petang..sangat banyak ilmu, input, tips dan rashia yang telah diberi..ditambah lagi rahsia-rahsia yang dikongsi sepanjang perjalanan dalam kereta pergi balik dan waktu dinner..hehehe~

p/s: misi visi penting 2014 / 2015 ;)


Monday, May 5, 2014

10 destinasi pelancong terbaik dunia

Berikut adalah senarai 10 kota raya pilihan utama pelancong dunia yang dikeluarkan oleh portal MSN Travel.com.


1. ISTANBUL, TURKI
SEBUAH negara yang memiliki dua benua antara timur dan barat dipenuhi bangunan seni bina tradisional ini berjaya menjadikannya sebagai bandar raya yang wajib dikunjungi. Lokasi yang mesti dilawati dan tidak wajar dilepaskan begitu sahaja ialah Grand Bazaar yang telah dibuka sejak 1460-an lagi.



2. ROME, ITALI
BANDAR Itali ini bukan sahaja penuh bersejarah malah mempunyai tempat-tempat yang dianggap istimewa sehingga berjaya menarik tumpuan pelancong dunia. Antaranya Vatican City, Trevi Fountain dan Gereja Sistine. Disebabkan itu, Rome, Itali berjaya menduduki tempat kedua pada tahun ini berbanding keempat pada tahun sebelumnya.


3. LONDON, ENGLAND
LONDON merupakan antara kota raya ikon kepada benua Eropah dan masih amat popular untuk dilawati pelancong. Antara tempat-tempat bersejarah yang menarik minat pelancong dunia untuk dikunjungi ialah Menara London, Tower Bridge, Katedral St.Paul, Benteng Windsor, Sungai Thames, Menara Big Ben, ‘Shakespeare’s Globe Theatre’, ‘Hampton Court Palace’ dan Istana Kensington. Ditambah, kegilaan peminat bola sepak di seluruh dunia terhadap populariti kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) berjaya mengekalkan London di tangga ke tiga selama dua tahun berturut-turut.


4. BEIJING, CHINA
KOTA Larangan atau lebih dikenali sebagai 'Forbidden City' yang menjadi istana dan pusat pentadbiran zaman feudal China selain Kuil Syurga (Temple of Heaven) serta memiliki lebih daripada 100 buah muzium tumpuan dunia itu meletakkan ibu negara China yang mempunyai penduduk kedua terbesar selepas Shanghai kira-kira 21 juta orang ini di tempat keempat.


5. PRAGUE, REPUBLIK CZECH
PRAGUE dipilih sebagai Top10 kerana kekayaan negara tersebut terhadap nilai budaya dan kehidupan tradisinya. Banyak tempat bersejarah di sini menjadikannya dipilih sebagai tapak warisan dunia oleh Pertubuhan Pendidikan Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (UNESCO). Buat pengetahuan semua, sepanjang tahun lalu sahaja, kota ini telah berjaya menarik kehadiran lima juta pelancong antarabangsa.


6. MARAKECH, MAGHRIBI

KOTA Marakech ini menjadi pusat budaya di Afrika Utara. Malahan ia satu-satunya kota raya dari benua Afrika yang menjadi pilihan di kalangan pengembara dan pelancong selepas berlaku kegawatan politik di Mesir. Sekiranya pengembara dan pelancong mahu merasai untuk menjejak kaki ke benua Afrika Utara maka Maghribi yang menjadi satu-satunya lokasi paling sesuai untuk dikunjungi.

7. PARIS, PERANCIS
KOTA raya ini memang menjadi impian setiap pelancong terutama pasangan yang sedang berpacaran ataupun baru berkahwin. Walaupun tercicir dari segi ranking, Paris terus menawarkan pelancong peluang untuk berseronok. Antaranya peluang melihat pemandangan menakjubkan selain memiliki banyak galeri yang menyimpan koleksi seni terbaik di dunia meskipun kedudukan kota yang dilabel sebagai Kota Cinta dan Kota Fesyen ini merosot teruk dari tempat pertama tahun lalu ke tangga kelapan tahun ini.


8. HANOI, VIETNAM
HANOI terletak di utara Vietnam dan menjadi hab kepada pelbagai budaya utama. Antara tujuan pelawat datang ke negara ini adalah untuk menemui pelbagai artifak menarik yang mempunyai hubung kait dengan sejarah panjang negara ini dan sebaran penduduk di Asia Tenggara.


9. SIEM REAP, KEMBOJA
SEJAK akhir-akhir ini Siem Reap semakin menjadi destinasi popular di kalangan pelancong. Tarikan utamanya ialah kompleks kuil purba iaitu Angkor Wat yang dipercayai dibina pada abad ke-12. Bukan itu sahaja, seni bina purba seperti Angkor Wat juga dipercayai menjadi lokasi menarik untuk orang ramai merakam gambar atau membuat sesi fotografi.


10. SHANGHAI, CHINA
SHANGHAI berjaya merebut tempat kesepuluh dalam senarai utama pelancong di seluruh dunia. Tarikan Shanghai adalah sebuah kota raya paling moden di China dan ditabalkan sebagai kota raya terbesar di dunia selain memiliki penduduk paling ramai. Walaupun kemunculan bangunan-bangunan pencakar langit, moden dan kontemporari namun bangunan lama masih dikekalkan dan dibaik pulih sebagai sejarah.




Amat mengejutkan apabila metropolis kemegahan Amerika Syarikat (AS) yang diumumkan sebagai destinasi kedua pilihan utama pelancong dunia pada tahun lalu itu sekadar menduduki tempat ke-12 tahun ini. Malah, pencalonan kota raya kedua pimpinan Presiden Barack Obama iaitu San Francisco juga berkongsi nasib sama.

Sebaliknya, empat kota raya dari benua Asia kali ini berada dalam senarai 10 pilihan kota raya tersebut didahului Beijing dan Shanghai, China selain Siem Reap, Kemboja dan Hanoi, Vietnam. Tahniah diucapkan!


p/s: Mekah & Madinah jugak tempat paling TOP dan TERBAIK DI DUNIA. :)

p/s/s: Siapa mahu penuhi impian melancong seluruh dunia? Jom mula sekarang dengan menjana pendapatan 4-5 angka sebulan melalui Shaklee. Dengan modal hanya rm75 atau rm0, anda sudah boleh mulakan bisnes dengan hanya menggunakan Facebook & Blog. Anda juga akan dapat guide dari SIFU & MENTOR HEBAT. Feel free to contact me at 013-456 3739 (sms/whatsapp).

Monday, April 28, 2014

MONOPOD MURAH HARGA TERENDAH !!!

[ Lelong Lelong Lelong ]

Kepada yang suka SELFIE tu boleh la grab cepat-cepat selagi stok masih ada. Hehehe

Monopod + Hp Holder cuma RM35 je..hanya COD area Klang, Setia Alam & Shah Alam.

Berminat boleh PM saya di Facebook atau SMS/WHATSAPP no. tertera..TQ :)


Sunday, April 27, 2014

MURAH JE RUPA NYE VITAMIN SHAKLEE NI !

Assalamualaikum semua :)


Haaa..hari ni saya nak cerita sikit tentang vitamin SHAKLEE ni. Ramai antara kita yang takut nak keluarkan duit untuk supplemen kesihatan. Sebab mereka selalu ingat yang semua supplemen ni harganya mahal, jadi mereka rasa tak mampu.

Sebenarnya, kita semua ada PILIHAN mengikut kemampuan kita. JIKA KITA FIKIR KESIHATAN TU MAHAL, CUBA KITA RASA SAKIT'. Mana lebih perit??? Jadi, jagalah kesihatan yang dikurniakan Tuhan ni dengan sebaiknya. SIHAT sebelum SAKIT. :)




Ramai customer tanya tentang harga vitamin Shaklee ni. Lepas saya bagitahu harganya, ramai yang berkata:

'Laaa, murah je rupa nyer Shaklee ni..ingatkan mahal. Kalau tahu, dari dulu lagi dah amek'.

Ye, dulu saya pun rasa yang Shaklee ni mahal harganya. Ye lah..produk semulajadi dan imported macam ni selalunya mahal-mahal. Tapi bila dah tahu harga nye, terkejut saya! MURAH BETOL & MAMPU MILIK!


SET KESIHATAN OPTIMUM (SET BAJET)

Shaklee ni ada macam-macam produk yang sesuai untuk KESIHATAN SEISI KELUARGA. Bermula dari kanak-kanak, lelaki, wanita sehinggalah warga emas.

Jom tengok contoh HARGA PASARAN untuk produk SET KESIHATAN OPTIMUM (SET BAJET):-


 SET KESIHATAN OPTIMUM (SET BAJET)

Haaa...murah ke murah??? :)


SET BAJET ni memang sangat sangat sangat sesuai untuk semua orang. Lelaki dan Perempuan, Tua dan Muda.

Set ni pun antara vitamin yang dicadangkan dalam  SET HAMIL, MENYUSU & BERSALIN.

Cuba tengok..botol vitamin tu boleh dimakan berbulan-bulan untuk seorang. Jadi sebenarnya SUAMI DAN ISTERI boleh makan sama-sama tau. MEMANG BERBALOI-BALOI !!! PRODUK PANAS sehingga mencurah-curah ke landang gandum! :)

Ini antara Fungsi yang terdapat dalam SET KESIHATAN OPTIMUM (SET BAJET):- 

1. VITA-LEA : Multi vitamin & Multi mineral

Supplemen seimbang dan komprehensif yang dihasilkan dengan Sains terbaik Shaklee yang mampu dibeli. Vita-Lea dirumus khas bagi memenuhi keperluan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.

Jika diambil setiap hari, Vita-Lea mampu: 
* Membantu dalam mengekalkan kesihatan yang baik.
* Mengandungi beta karotena yang membantu dalam mengekalkan pertumbuhan, penglihatan dan pembinaan tisu.
* Mengandungi kalsium, fosforus dengan vitamin C dan D untuk kesihatan tulang dan gigi.
* Biotin dan asid pantotenik membantu untuk memetabolismekan lemak dan karbohidrat dalam tubuh
* Vitamin B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah.
p/s: Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini. Tiada tambahan perasa tiruan, pemanis, bahan pewarna atau pengawet.

2. B-COMPLEX : Vitamin B Yang Lengkap dan Seimbang

Adakah anda mendapat vitamin B yang mencukupi? Tekanan harian, tabiat pemakanan yang tidak sihat dan sesetengah bahan ubatan boleh meningkatkan risiko kekurangan bekalan vitamin B anda. Justeru itu, vitamin B merupakan keperluan asas dalam diet sihat kita.

B Complex Shaklee menawarkan vitamin B yang lengkap, mengandungi 8 jenis vitamin B bagi membantu memelihara kesihatan yang baik.

* B1, B2, B3, B6, biotin dan asid pantotenik membantu badan menukarkan protein, lemak dan karbohidrat kepada tenaga.

* Asid folik dan B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah di dalam tubuh.  Jumlah asid folik yang mencukupi dalam diet harian membantu mencegah kecacatan tiub neural bagi wanita yang merancang kehamilan sebelum konsepsi dan semasa 12 minggu tempoh kehamilan bagi dos harian sebanyak 400 mcg.

p/s: Tiada tambahan perasa tiruan, pemanis, bahan pewarna atau pengawet.

3. SUSTAINED-RELEASE VITAMIN C :
Sumber Vitamin C Semulajadi yang Disalurkan Jam demi Jam


Tubuh kita sering kehilangan vitamin C semasa melakukan aktiviti harian.  Vita C dengan pelepasan berperingkat dapat membantu dalam menyalurkan vitamin C berterusan.

Vita-C 500mg yang semulajadi ini membantu menyediakan vitamin C yang diperlukan tubuh.  Ia juga membantu dalam menyokong tulang, gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan tubuh badan.

p/s: Sumber semulajadi, tiada tambahan perasa tiruan, pemanis, bahan pewarna atau pengawet.


KAMI SENTIASA IKUT BAJET PELANGGAN!!!

Jangan risau! Kami memang amat memahami keperluan pelanggan. Memang ada produk PREMIUM yang harga lebih mahal, tapi kami sentiasa memberikan pilihan kepada customer untuk memilih produk yang sesuai dengan budget anda.

Tak rugi kita 'invest' sedikit rezeki yang Allah bagi pada kita untuk menjaga kesihatan tubuh diri dan keluarga kita kan.

Yang penting, kita mestilah pandai memilih produk yang HALAL, SELAMAT, SEMULAJADI, DAN BERKESAN.
 

Thanks for reading. Contact me for more details.

p/s: Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga? Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? Hubungi saya. TQ. :)
 

Tuesday, April 15, 2014

Solat Dhuha Magnet Rezeki


[ KEUTAMAAN MENGERJAKAN SOLAT DHUHA ]



Ianya Amalan Berbentuk Sedekah.

Bagi setiap anggota sendi serta ruas-ruas tulang perlu mengeluarkan sedekah bagi menunjukkan ketaatan kita kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala. Justeru itu solat Dhuha adalah amalan yang dapat menunaikan tanggung jawab tersebut. Daripada Abu Dzarr radhiallahu’ anh, daripada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, baginda bersabda:

يُصْبِحُ عَلَى كُلِّ سُلاَمَى مِنْ أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌ فَكُلُّ تَسْبِيحَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَحْمِيدَةٍ صَدَقَةٌ

وَكُلُّ تَهْلِيلَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَكْبِيرَةٍ صَدَقَةٌ وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوفِ صَدَقَةٌ وَنَهْيٌ عَنْ الْمُنْكَرِ صَدَقَةٌ

وَيُجْزِئُ مِنْ ذَلِكَ رَكْعَتَانِ يَرْكَعُهُمَا مِنْ الضُّحَى.

Maksudnya:

Bagi tiap-tiap ruas dari anggota tubuh salah seorang di antara kalian harus dikeluarkan sedekahnya setiap pagi hari. Setiap tasbih (Subhaanallah) adalah sedekah, setiap tahmid (Alhamdulillah) adalah sedekah, setiap tahlil (Laa Ilaaha Illallah) adalah sedekah, setiap takbir (Allahu Akbar) adalah sedekah, menyuruh untuk berbuat baik juga sedekah, dan mencegah kemungkaran juga sedekah. Dan semua itu boleh diganti dengan dua rakaat solat Dhuha. (Hadith Riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatul Musaafiriin wa Qashruha, no: 720)

Allah Memberi Rezeki Yang Cukup Sepanjang Siang Hari.

Bagi mereka yang mengerjakan solat Dhuha Allah Subhanahu wa Ta’ala sentiasa mencukupkan segala keperluan seseorang sepanjang siang hari. Daripada Nu’aim bin Hammar, dia berkata: Saya pernah mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda Allah Azza Wa Jalla berfirman:

يَا ابْنَ آدَمَ لاَ تُعْجِزْنِي مِنْ أَرْبَعِ رَكَعَاتٍ فِي أَوَّلِ نَهَارِكَ أَكْفِكَ آخِرَهُ.

Maksudnya:

Wahai anak Adam, janganlah engkau sampai tertinggal untuk mengerjakan solat empat rakaat pada permulaan siang (waktu Dhuha), nescaya Aku akan memberi kecukupan kepadamu sampai akhir siang. (Hadith Riwayat Imam Abu Dawud dalam Sunannya, Kitab al-Sholaah, no: 1097)

Mendapat Pahala Sebagaimana Mengerjakan Haji Dan Umrah.

Bagi mereka yang mengerjakan solat Subuh secara berjemaah lalu tetap berada dalam masjid dengan berzikir kepada Allah dan mengerjakan solat Dhuha pada awal terbitnya matahari maka dia mendapat pahala seperti mengerjakan haji dan umrah. Daripada Anas radhiallahu’ anh, dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

مَنْ صَلَّى الْغَدَاةَ فِي جَمَاعَةٍ ثُمَّ قَعَدَ يَذْكُرُ اللَّهَ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ

ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ كَانَتْ لَهُ كَأَجْرِ حَجَّةٍ وَعُمْرَةٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

تَامَّةٍ تَامَّةٍ تَامَّةٍ.

Maksudnya:

Barangsiapa mengerjakan solat Subuh secara berjemaah lalu sesudah itu dia tetap duduk (di masjid) untuk berzikir kepada Allah sehingga matahari terbit (dan meninggi), kemudian solat (Dhuha) dua rakaat maka dia akan mendapat pahala sebagaimana pahala haji dan umrah. Dia berkata (Anas), Rasulullah bersabda: Yang sempurna, Yang Sempurna, Yang Sempurna. (Hadith Riwayat Imam al-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab al-Jumu’ah, no: 535)

 

Ia Solat Bagi Orang Yang Bertaubat.

Solat Dhuha adalah termasuk bagi solat untuk orang-orang yang bertaubat (Sholat Awwabin). Daripada Zaid bin Arqam bahawasanya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam keluar menuju tempat Ahli Quba’ yang ketika itu mereka sedang mengerjakan solat Dhuha. Baginda lalu bersabda:

صَلاَةُ الأَوَّابِينَ حِينَ تَرْمَضُ الْفِصَالُ.

Maksudnya:

Solat Awwabin (orang-orang yang taubat) dilakukan pada saat teriknya matahari. (Hadith Riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatul Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 748)


TATACARA PERLAKSANAAN SOLAT DHUHA

Waktu untuk mengerjakan solat Dhuha adalah sewaktu matahari mulai naik iaitu sebaik sahaja berakhirnya waktu yang diharamkan solat setelah solat Subuh (12 minit setelah matahari terbit atau untuk lebih berhati-hati laksanakannya setelah 15 minit) sehingga sebelum matahari condong atau tergelincir ketika tengahari (10 minit sebelum masuk waktu Zuhur atau untuk lebih berhati-hati laksanakannya sebelum 15 minit) menurut Syaikh al-‘Utsaimin di dalam Asy-Syarhul Mumti’.

Jika demikian, waktu solat Dhuha dimulai setelah keluar dari waktu larangan solat pada awal siang hari (pagi hari) sampai adanya larangan saat tengah hari.

Namun demikian waktu yang afdal adalah pada saat matahari panas terik. Demikian adalah dalil-dalil tentang waktu mengerjakan solat Dhuha:

Daripada Anas radhiallahu’ anh, dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

مَنْ صَلَّى الْغَدَاةَ فِي جَمَاعَةٍ ثُمَّ قَعَدَ يَذْكُرُ اللَّهَ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ

ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ كَانَتْ لَهُ كَأَجْرِ حَجَّةٍ وَعُمْرَةٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

تَامَّةٍ تَامَّةٍ تَامَّةٍ.

Maksudnya:

Barangsiapa mengerjakan solat Subuh secara berjemaah lalu sesudah itu dia tetap duduk (di masjid) untuk berzikir kepada Allah sehingga matahari terbit (dan meninggi), kemudian solat (Dhuha) dua rakaat. (Hadith Riwayat Imam al-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab al-Jumu’ah, no: 535)

Sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam:

صَلاَةُ الأَوَّابِينَ حِينَ تَرْمَضُ الْفِصَالُ.

Maksudnya:

Solat Awwabin (orang-orang yang taubat) dilakukan pada saat teriknya matahari. (Hadith Riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatul Musaafiriin wa Qashruha, no: 748)

Jumlah Rakaat Solat Dhuha.

Jumlah rakaat solat Dhuha paling minimal adalah dua rakaat dan ia boleh dikerjakan tanpa batasan jumlah rakaat yang tertentu. Sebelum ini penulis telah memaparkan hadith-hadith berkaitan solat Dhuha yang dilaksanakan dengan dua dan empat rakaat. Berikut adalah dalil yang menunjukkan ianya juga boleh dikerjakan dengan sebanyak enam, lapan dan dua belas rakaat.

Daripada Anas bin Malik radhiallahu’ anh bahawasanya Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam pernah mengerjakan solat Dhuha sebanyak enam rakaat. (Hadith Riwayat Imam al-Tirmidzi dalam kitab al-Syamaail, Bab Sholat al-Dhuha, no: 273)

أُمِّ هَانِئٍ فَإِنَّهَا قَالَتْ إِنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ دَخَلَ بَيْتَهَا يَوْمَ فَتْحِ مَكَّةَ

فَاغْتَسَلَ وَصَلَّى ثَمَانِيَ رَكَعَاتٍ.

Maksudnya:

Daripada Ummu Hani’, dia berkata: Pada masa pembebasan kota Makkah, dia bertemu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam ketika baginda berada di atas tempat tertinggi di Makkah. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam beranjak menuju tempat mandinya lalu Fathimah memasang tabir untuk baginda. Selanjutnya Fathimah mengambilkan kain dan menyelimutkannnya kepada baginda. Setelah itu baginda mengerjakan solat Dhuha sebanyak lapan rakaat. (Hadith Riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Tahajjud, no: 1176)

Di dalam Fathul Baari al-Hafidz Ibnu Hajar rahimahullah telah membawa sebuah riwayat seperti di bawah:

وَعِنْد اَلطَّبَرَانِيّ مِنْ حَدِيثِ أَبِي اَلدَّرْدَاءِ مَرْفُوعًا مَنْ صَلَّى اَلضُّحَى رَكْعَتَيْنِ لَمْ يُكْتَبْ مِنْ اَلْغَافِلِينَ ,

وَمَنْ صَلَّى أَرْبَعًا كُتِبَ مِنْ اَلتَّائِبِينَ , وَمَنْ صَلَّى سِتًّا كُفِيَ ذَلِكَ اَلْيَوْمَ ,

وَمَنْ صَلَّى ثَمَانِيًا كُتِبَ مِنْ اَلْعَابِدِينَ , وَمَنْ صَلَّى ثِنْتَيْ عَشْرَة بَنَى اَللَّهُ لَهُ بَيْتًا فِي اَلْجَنَّةِ

Maksudnya:

Dalam riwayat al-Thabarani daripada hadith Abu Darda’ secara marfu’ disebutkan: Barangsiapa solat Dhuha dua rakaat, maka tidak ditulis sebagai orang-orang lalai, barangsiapa solat Dhuha empat rakaat maka ditulis sebagai orang-orang yang bertaubat, barangsiapa solat Dhuha enam rakaat, maka dicukupkan untuknya pada hari itu, barangsiapa solat Dhuha lapan rakaat, maka ditulis dalam golongan ahli Ibadah, dan barangsiapa solat Dhuha dua belas rakaat maka dibangunkan untuknya rumah di syurga. Rujuk Fathul Baari, jilid 6, ms. 349 ketika al-Hafidz mensyarah hadith Shahih al-Bukhari no: 1176. Namun status hadith ini diperselisihkan olah para ulamak hadis. Musa bin Ya’qub al-Zami’i yang terdapat dalam sanad hadith ini telah didha’ifkan oleh Ibnu al-Madini namun dinilai tsiqah pula oleh Ibnu Ma’in dan Ibnu Hibban. Al-Hafidz sendiri berkata sanad hadis ini lemah namun diperkuatkan oleh hadith Abu Dzar yang diriwayatkan oleh al-Bazzar hanya sahaja sanadnya juga lemah dan apa yang lebih tepat hadith ini dha’if. Wallahu’alam.

Berkaitan dengan dalil yang menunjukkan jumlah rakaat solat Dhuha ini tidak ada batasan yang tertentu adalah:

مُعَاذَةُ أَنَّهَا سَأَلَتْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا:

كَمْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّي صَلاَةَ الضُّحَى؟

قَالَتْ: أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ وَيَزِيدُ مَا شَاءَ.

Maksudnya:

Daripada Mu’adzah, dia berkata: Aku bertanya kepada ‘Aisyah: Berapa rakaat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam mengerjakan solat Dhuha?
Dia menjawab: Sebanyak empat rakaat lalu baginda menambahnya lagi menurut yang dia kehendaki. (Hadith Riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatil Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 719)

 

Ringkasan Tatacara Mengerjakan Solat Dhuha

Rakaat Pertama

1) Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Dhuha
2) Takbiratul Ihram
3) Doa Iftitah
4) Membaca surah al-Fatihah
5) Membaca Surah al-Qur’an
6) Rukuk
7) Iktidal
8) Sujud
9) Duduk antara dua sujud
10) Sujud kali kedua
11) Bangun untuk rakaat kedua

Rakaat Kedua

1) Ulang seperti rakaat pada pertama dari nombor (4) hingga (10)
2) Duduk untuk tahiyyat akhir
3) Memberi salam ke kanan dan ke kiri


Akhir sekali..membaca doa, dimulakan dengan bismillah, doa kesyukuran kepada Allah S.W.T., doa memuji Nabi Muhammad S.A.W., doa untuk kedua ibu bapa, kemudian diikuti doa di bawah:


 

Monday, April 14, 2014

ESP Shaklee

Apa tu ESP? Bagus ke? Selalu kita dengar orang sebut ESP tapi tak tau pun ESP tu apa?
 
Ok lah...saya cuba terangkan seringkas yang mungkin ya.
 
 
ESP ni singkatan bagi ENERGIZING SOY PROTEIN. Haaa, ada perkataan PROTEIN. Sah2 bagus untuk kesihatan. Sebab utama ESP tersangat lah popular dan produk yang paling laris ialah kerana ESP membekalkan sumber protein. Semua tau kan yang badan kita ni perlukan sumber protein. Dalam pemakanan harian kita, sumber protein ada dalam ikan, ayam, daging. Tapi kenapa everyday makan lauk ayam tapi kerap juga tak sihat. Tak cukup ke? Haaa...untuk pengetahuan semua, ikan, ayam, daging tu kan kita masak dulu before makan. So bila dah masak, dah kena panas api, of course kandungan protein tu akan musnah dan yang tinggal.....tak cukup untuk badan kita yang kerja kadang2 more than 12 hours ni.
 
 
 
Antara RISIKO kalau tak cukup protein dalam badan:
  • Rasa lemah, lesu, dan tak bermaya..akhirnya menggeletar.
  • Kolesterol tinggi, tekanan darah rendah..jadi pening.
  • Punca ulser perut + ulser usus.
  • Luka lambat sembuh akhirnya berparut. Parut ambil masa lama untuk hilang. Parut yg boleh dilihat akan buatkan kita hilang keyakinan untuk berhadapan dengan orang ramai.
  • Mengganggu penglihatan / lama kelamaan jadi kabur.
  • Antibodi lemah. Bila kurang protein, badan tak boleh nak lawan penyakit yang datang.

Kalau cukup protein pula?
 
Macamana nak tau badan kita cukup protein? Kemusykilan di situ. Jadi "always play safe". Ambil ESP ini sebagai pelengkap. No harm at all.
 
Nak amalkan mudah saja caranya. Maksimum 3 sudu besar sehari. Boleh bancuh dgn apa-apa minuman speerti susu / milo / jus dll yang suam atau sejuk sebab protein rosak pada suhu panas. Kalau nk minum banyak kali pagi, petang dan malam boleh bahagikan 1 sudu setiap kali minum. Untuk kanak-kanak, kurangkan dose setengah atau 1 sudu sahaja. Boleh tahan sehingga 2-3 bulan tuuu...
 
So sekarang ni kita dah tau kebaikan dan khasiat ESP Shaklee dan untuk siapa. Kita dalam golongan yang mana ya? Kalau termasuk dalam golongan ingin mencuba...boleh saja. Tak memudaratkan pun. Sesuai untuk semua peringkat umur. Juga HALAL. Nak dapatkan ESP boleh contact saya, Pengedar Sah Shaklee. =)

Friday, April 11, 2014

Best ke Kahwin???

Ok, dalam post sebelum ni saya telah nyatakan impian2 yang saya ingin capai. Salah satunya KAHWIN !
Best ke kahwin? Kalau tanya saya, saya belum ada pengalaman..cuma saya boleh bagi sedikit pandangan dan huraian. Apa yang paling penting dalam perkahwinan ialah persefahaman dan mesti romantik! Romantik tu sunnah Rasulullah S.A.W.
Isteri Sebagai Bukti
Walaupun Rasulullah SAW seorang panglima perang, pemimpin tertinggi umat Islam, namun di sisinya terdapat nilai kasih sayang dan jalan kisah yang cukup romantis antara baginda dan isteri-isterinya. Namun berapa banyak sunnah ini dilupakan lalu suami masakini menggambarkan dirinya bagaikan pemegang kuasa keluarga yang perlu sentiasa kelihatan bengis dan penuh egois.
Siapalah kita berbanding Rasulullah SAW yang jauh kedudukannya lebih mulia dari segala manusia. Namun atas tawaduk dan romantisnya baginda membuatkan umat yang membaca kisah cinta baginda bersama isterinya seolah-olah sedang menghayati novel cinta romantik.
Mandi Bersama
Diberitakan bahawa Rasulullah SAW pernah bermandi air cinta bersama isterinya. Dalam Sahih Bukhari diriwayatkan bahawa  Aisyah berkata bahawa : ”Aku sering mandi bersama Nabi Muhammad dari satu bekas air yang disebut al-faraq.” Perbuatan Nabi mandi bersama Aisyah tanpa sebarang tabir penghalang menunjukkan ianya satu sunnah. Terutamanya setelah melakukan hubungan intim sesama pasangan.
Romantik gaya Rasulullah SAW boleh diteladani. Walaupun hidup suami isteri masa kini sentiasa disibukkan dengan pekerjaan. Kita juga boleh mengambil sunnah-sunnah romantik Rasulullah SAW bermula dari sebelum keluar bekerja.
Hantar Isteri Keluar Rumah
Sebagai contoh menghantar isteri ketika hendak keluar rumah seperti yang dilakukan oleh Nabi SAW kepada isterinya Shafiyyah binti Huyay sehinggakan Nabi SAW berkata :
“Jangan terburu-buru hingga aku mengiringimu (menemani sampai ke pintu).” [Hadis Bukhari dan Muslim]
Bahkan Nabi SAW turut membantu isterinya menaiki kenderaan. Di dalam Sahih Bukhari dan Muslim menceritakan bahawa “Nabi Muhammad SAW duduk di sisi unta baginda. Kemudian baginda menekukkan lututnya. Lalu isteri baginda Shafiyyah meletakkan kakinya di atas lutut Nabi Muhammad SAW hingga naik atas unta.”
Bukakan Pintu Kereta
Bukankah ini sesuai dipraktikkan dengan membuka pintu kepada isteri seperti zaman memikat isteri dahulu. Ataupun sekali sekala membonceng isteri di belakang seperti dalam riwayat Bukhari yang menyatakan Anas bin Malik menceritakan bahawa ketika pulang dari perang Khaibar salah seorang isteri Rasulullah membonceng di belakangnya.
Bawa Isteri Jalan-Jalan
Apabila waktu cuti hujung minggu atau di malam hari, bawalah isteri bersiar-siar. Ini bukanlah sekadar tips dari seorang pakar motivasi. Namun ianya merupakan suatu sunnah romantis Nabi SAW bersama isterinya. Diberitakan dalam Sahih Bukhari dan Muslim bahawa ”Rasulullah apabila datang waktu malam, baginda berjalan bersama Aisyah dan berbincang-bincang dengannya.”
Malah apabila baginda ingin keluar baginda akan mengundi siapa yang akan menemaninya untuk keluar bersama. Malah Rasulullah juga membawa Aisyah untuk makan bersama di luar. Sehinggakan suatu ketika Nabi pernah menolak pelawaan jirannya yang berbangsa Parsi untuk makan di rumah mereka sekiranya isterinya Aisyah RA tidak turut diundang bersama. (Hadis riwayat Muslim)
Suapkan Makanan
Untuk menambahkan romantis terhadap isteri, disarankan suami menyuap sendiri makanan ke mulut isterinya. Sepertimana dalam sahih Bukhari dan Muslim sabda Nabi SAW : “Sesungguhnya apapun yang kamu nafkahkan, maka hal itu adalah sedekah hingga suapan yang kamu suapkan ke mulut isterimu.” Walaupun hadis ini berkisar tentang pemberian nafkah, namun bukankah menjalin ikatan romantik antara suami isteri itu satu tuntutan?
Belaian & Bermanja
Belaian terhadap isteri dapat memupuk kasih antara sesama pasangan. Nabi SAW dalam satu riwayat Ahmad berkata bahawa :
“Rasulullah tidaklah setiap hari melainkan baginda selalu mengunjungi isteri-isterinya seorang demi seorang. Rasulullah menghampiri dan membelai mereka secara bergantian.”
Adakalanya romantisnya Nabi SAW sehinggakan beliau sengaja bermanja dengan menyandarkan kepalanya kepangkuan isterinya sepertimana yang dipertuturkan Aisyah RA dalam Sahih Bukhari bahawa “Nabi SAW membaca al-Quran (mengulang hafalan) dan kepalanya berada di pangkuanku sedangkan aku dalam keadaan haid.”
Bahkan amalan ini berlarutan sehingga detik-detik akhir hayat Rasulullah SAW. Aisyah berkata ”Ketika maut menghampiri Rasulullah SAW, kepala baginda berada diatas pahaku.”
Ada suatu hari ketika Aisyah sedang asyik menyaksikan kanak-kanak bermain bersama ibu mereka, datang baginda Nabi SAW mengangkat Aisyah. Lalu baginda mendukung Aisyah di belakang beliau. Aisyah menuturkan bahawa : 
“Baginda mendirikanku di belakang dan pipiku di atas pipi baginda. Ku letakkan bahuku di atas bahu Rasulullah SAW”. (Bukhari dan Muslim). Begitu juga isteri Nabi SAW sentiasa mendapat kucupan mesra daripada Nabi SAW ketika ingin pergi ke masjid.
Pengubat Hati 
Rasulullah bukan seorang yang kaku dan keras. Ia juga seorang manusia yang mempunyai emosi tersendiri. Pemergian baginda telah membuatkan kehangatan rasa rindu di kalangan isterinya. Dikala isteri kesunyian, hadirnya mengungkap keriangan. Sewaktu isteri dalam kedukaan, baginda bukanlah sekadar pemerhati. Namun baginda juga sebagai ubat kedukaan dan kesakitan. Diriwayatkan dari Aisyah bahawa :
“Nabi Muhammad SAW adalah orang yang penyayang lagi lembut. Baginda akan menjadi orang yang sangat lembut dan paling banyak menemani ketika isterinya sakit.” (Bukhari dan Muslim)
Bergurau Senda
Hadirnya Nabi SAW mengubat hati para isteri.Baginda paling banyak bergurau senda bersama isterinya. Suatu hari datang Saodah (salah seorang isteri Nabi SAW) ke rumah Aisyah. Lalu Nabi SAW duduk di antara Aisyah dan Saodah dan meletakkan kaki beliau diatas pangkuan mereka. Ketika Aisyah menjemput Saodah makan, ia menolaknya kerana tidak berselera. Lalu Aisyah berkata : 
“(Demi Allah), makanlah atau aku akan mengotori wajahmu.”
Saodah menolak dengan berkata : “Aku tidak akan memakannya.”
Lalu Aisyah mengambil makanan dan disapukan ke wajah Saodah. Rasulullah SAW tertawa. Kemudian Rasulullah menyuruh Saodah membalas semula dengan mengotori wajah Aisyah. Setelah Saodah mengotori wajah Aisyah, Rasulullah terus tertawa. (an-Nasai’e, Ibn Abi Dunya)
Kisah ini merupakan senda gurau Nabi SAW bersama isteri-isterinya. Pernah juga Rasulullah memujuk Aisyah untuk menghilangkan marahnya dengan sengaja memegang hidung Aisyah seperti dalam riwayat Ibnu Sunni.
Begitu romantisnya rumahtangga Rasulullah SAW. Mungkin inilah rahsia cinta sejati yang kekal ke akhir hayat Nabi SAW. Beramah mesra, bergurau senda, belaian dan sentuhan.
Panggilan Manja
Sehinggalah ayat-ayat cinta terukir dari bibir seorang Nabi dengan memanggil panggilan manja terhadap isterinya. Suara indah memanggil “Ya Humaira” kepada Aisyah yang bermaksud “Wahai si putih kemerah-merahan atau Mawar merah”. Ia membuatkan ikatan itu lebih intim.
Adakalanya Nabi SAW memanggil Aisyah dengan singkatan manja “Ya Aisy” yang bermaksud kehidupan ketika mana beliau menyampaikan salam daripada Malaikat Jibril untuk Aisyah RA. Dengan membuang huruf terakhir itu menunjukkan besarnya rasa cinta, kemanjaan dan kesayangan yang ditonjolkan dari Nabi SAW.
JANGAN MALU JADI ROMANTIK...
Sesungguhnya bersikap romantis sesama isteri itu adalah sunnah Nabi SAW. Kita berharap dengan sunnah ini dapat memupuk ikatan yang lebih erat antara sesama pasangan. Bukanlah sunnah ini suatu yang perlu dimalukan untuk diamalkan.
Romantik sesama suami isteri ini semakin malu untuk diamalkan. Mungkin bagi yang sudah lama berkahwin akan bertambah rasa jelik bermadu kasih dengan isterinya. Namun jika diteliti, sebenarnya sikap romantis ini adalah datang dari Nabi SAW. Sayang apabila kita lebih malu mengamalkan sunnah romantis sesudah berkahwin sedangkan kita tanpa segan silu melakukannya sebelum ianya dihalalkan.
Sebenarnya, gambaran seorang suami yang garang dan bengis bukanlah suatu yang datangnya dari agama. Nabi SAW tidak mendidik para isteri untuk takut kepadanya. Namun didikan sebagai pemimpin rumahtangga yang hebat membuatkan rasa takut itu bertukar menjadi lebih menghormati. Nikmat suasana percintaan itu lebih dihargai apabila suami turut meluang masa bergurau senda dan bermesra seakan-akan baru sehari diijabkabulkan.
Kepada suami, ayuh mengikut petunjuk Nabi dalam berkasih sayang sesama isteri. Andai isteri berasa pelik dari mana datangnya sikap romantis seorang suami; adakah suami baru sahaja selesai menamatkan buku novel cinta Romeo dan Juliet?
Jawablah dengan manja. Romantis ini bukan dari novel biasa, namun romantis ini datangnya daripada hadis Nabi SAW. =)


Bagi yang dah berkahwin, dipersilakan untuk share pengalaman2 anda. =)
p/s:  Dari Aisyah R.A. berkata, telah bersabda Nabi Muhammad S.A.W. : Perkahwinan itu adalah sunnahku, sesiapa yang tidak suka mengikut sunnahku, maka bukanlah dia dari golongan umatku. (Riwayat Al-Imam Ibnu Majah)
p/s/s: Bercinta lepas Nikah itu Best =)